Wednesday, 15 July 2015

Laksa Lemak a.k.a Laksa Nyonya


Dah lama teringin nak makan laksa lemak a.k.a laksa nyonya. Biasa tengok menu ni kat kopitiam yang was-was nak masuk. kalau lalu chinese restoran memang baunya menggoda betul. Memang rezeki Allah nak beri, minggu lepas ada kawan offer udang laut sekilo RM38. Aku terus oder je. Aku memang suka udang walaupun alergi sebenarnya. Masa kopek udang pun tangan aku dah mula merenyam mintak digaru tapi dek kerana saiz udang tu aku buat2 lupa je. Apapun terima kasih la kat Cik Mat Gebu yang murah hati kongsi resepi kat blog beliau. Walaupun tak berapa lengkap bahan yang aku ada tapi bila hirup kuah tu terasa puas kat tekak ni. Memang mencapai piawaian yang aku nak la hehehe...Tambah pulak rasa udang yang manis tu memang buat aku nak makan bertambah tapi apakan daya perut kecik.

Kali ni nak masak tak jumpa pulak tauhu pok. Tu yang buat tambah sedap masa makan laksa ni. Jadi kali ni aku tak letak lah. Yang lain semua ada. Kalau ikut selera memang nak masak pedas tapi kesian kat orang yang kalah perutnya. Maklumlah masa puasa ni perut kan lain macam ragamnya.Tak nak cakap banyak sebab memang sedaplah kata kooo hahaha...Jom cuba

Rupa tak seberapa..tapi rasa best


BAHAN BAHAN KUAH LAKSA LEMAK :-)
1500 ml air rebusan tulang ayam
1500 ml air rebusan kulit udang
250 ml pati santan
10 biji fish ball
10 biji tau pok, potong 2 setiap 1 *(takde tak letak)
6 ekor udang galah saiz sederhana, dibersihkan *(yang ni letak lebih hehehe)
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus
4 biji buah keras
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah
BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Timun, hiris nipis dan mayang halus *(takde tak letak)
Bawang besar, dihiris nipis2 dan leraikan
Taugeh secukupnya, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 genggam daun kesom, dimayang halus
Bunga kantan, dihiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip) *(tukar mee campur mihun)
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Telur rebus, dibelah 2 setiap satu *(takde tak letak)
Sambal belacan tumis secukupnya *(ni pun tak buat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA LEMAK :- Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/3 cawan atau lebih sedikit). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan2 tadi garing. Tuang air rebusan kulit udang dan air rebusan tulang ayam. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan udang. bunga kantan dan daun kesom. Kacau dan biar udang masak. Tambah fishball, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan tau pok, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api..
  3. UNTUK SAMBAL BELACAN TUMIS :- Yang ni amat mudah, anda perlukan 1 cawan cili kisar, 1 inci belacan yang dibakar dan dihancurkan. Gula dan garam secukup rasa. Tumis cili dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA LEMAK@LAKSA NYONYA :- Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa bersama isi2nya sekali (termasuk udang galah). Hias dengan ulam2man, 1/2 telur rebus, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum anda nikmatinya....Selamat mencuba!
Ada cerita kelakar disebalik kisah memasak ni. Disuruh peti daun kesom dipetiknya daun cili..Hadoi abes pokok cili akak yang baru nak bertunas tu huhuhu....

No comments:

Post a Comment