Wednesday, 15 July 2015

Laksa Lemak a.k.a Laksa Nyonya


Dah lama teringin nak makan laksa lemak a.k.a laksa nyonya. Biasa tengok menu ni kat kopitiam yang was-was nak masuk. kalau lalu chinese restoran memang baunya menggoda betul. Memang rezeki Allah nak beri, minggu lepas ada kawan offer udang laut sekilo RM38. Aku terus oder je. Aku memang suka udang walaupun alergi sebenarnya. Masa kopek udang pun tangan aku dah mula merenyam mintak digaru tapi dek kerana saiz udang tu aku buat2 lupa je. Apapun terima kasih la kat Cik Mat Gebu yang murah hati kongsi resepi kat blog beliau. Walaupun tak berapa lengkap bahan yang aku ada tapi bila hirup kuah tu terasa puas kat tekak ni. Memang mencapai piawaian yang aku nak la hehehe...Tambah pulak rasa udang yang manis tu memang buat aku nak makan bertambah tapi apakan daya perut kecik.

Kali ni nak masak tak jumpa pulak tauhu pok. Tu yang buat tambah sedap masa makan laksa ni. Jadi kali ni aku tak letak lah. Yang lain semua ada. Kalau ikut selera memang nak masak pedas tapi kesian kat orang yang kalah perutnya. Maklumlah masa puasa ni perut kan lain macam ragamnya.Tak nak cakap banyak sebab memang sedaplah kata kooo hahaha...Jom cuba

Rupa tak seberapa..tapi rasa best


BAHAN BAHAN KUAH LAKSA LEMAK :-)
1500 ml air rebusan tulang ayam
1500 ml air rebusan kulit udang
250 ml pati santan
10 biji fish ball
10 biji tau pok, potong 2 setiap 1 *(takde tak letak)
6 ekor udang galah saiz sederhana, dibersihkan *(yang ni letak lebih hehehe)
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus
4 biji buah keras
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah
BAHAN-BAHAN ULAM :-)
Timun, hiris nipis dan mayang halus *(takde tak letak)
Bawang besar, dihiris nipis2 dan leraikan
Taugeh secukupnya, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 genggam daun kesom, dimayang halus
Bunga kantan, dihiris halus
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip) *(tukar mee campur mihun)
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Telur rebus, dibelah 2 setiap satu *(takde tak letak)
Sambal belacan tumis secukupnya *(ni pun tak buat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA LEMAK :- Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/3 cawan atau lebih sedikit). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan2 tadi garing. Tuang air rebusan kulit udang dan air rebusan tulang ayam. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan udang. bunga kantan dan daun kesom. Kacau dan biar udang masak. Tambah fishball, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan tau pok, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api..
  3. UNTUK SAMBAL BELACAN TUMIS :- Yang ni amat mudah, anda perlukan 1 cawan cili kisar, 1 inci belacan yang dibakar dan dihancurkan. Gula dan garam secukup rasa. Tumis cili dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA LEMAK@LAKSA NYONYA :- Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah laksa bersama isi2nya sekali (termasuk udang galah). Hias dengan ulam2man, 1/2 telur rebus, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum anda nikmatinya....Selamat mencuba!
Ada cerita kelakar disebalik kisah memasak ni. Disuruh peti daun kesom dipetiknya daun cili..Hadoi abes pokok cili akak yang baru nak bertunas tu huhuhu....

Tuesday, 30 June 2015

Laksa Penang ke Laksa Asam?



Hai..pejam celik dah nak masuk 2 minggu puasa. Sepanjang puasa ni masak simple2 je. Macam tak syok nak letak resepi. Benda senang je contohnya ikan masin goreng dengan sawi tumis air, takkanlah nak letak resepi kat sini. Macam over pulak hehehe...

Tapi semalam terajin nak masak laksa asam. Entah mana silapnya rasa masam tu macam kureng di tekak akak ni. Maklumlah sebagai peminat tegar segala jenis asam bila masak laksa tak masam memang selera pun kuranglah. Walaupun tak berapa menjadi semangkuk juga akak telan ahahaha...yelah dah masak tak kan nak buang pulak. Masa nak makan tu akak perah la 2-3 biji limau kasturi pehhh..sedap juga akhirnya.

Resepi ni main campak2 je jadi sukatan tu tak berapa nak ingat sangat. Kali ni akak ikan guna ikan kembung yang dicarik2 je isinya. Tak kisar sebab nak lebih terasa mengunyah mee laksa dengan ikan tu. Ni semua sebab dah beberapa kali pergi beli laksa tapi tak memuaskan hati. Yelah beli bukan murah. Sebungkus RM4 tapi pakai ikan sadin cap ape tah. Kadang2 tak kenyang pun sebab sikit sangat. Ada yang kuah laksa macam air hujan, entah apa yang diletak pun tak tahu..tawar je. Betapa mahalnya barang sekarang. Zaman student dulu beli laksa baru harga RM2 ke 2.50 tapi tak kisah beli kat mana memang superb rasanya. Dahlah puasa2 ni tak mau cakap bebanyak..wat kering tekak je. Jomlah tengok resepi.

Bahan-bahan
3ekor ikan kembung (saiz besar)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
halia
bunga kantan
daun kesum
asam keping

1 kg laksa pendek (basuh dan tos)
timun
cili api
 limau kasturi

1. masukkan ikan, halia dan asam keping dalam periuk dan rebus sampai masak
2. Kemudian carik isi ikan, asingkan tulangnya untuk dikisar bersama air rebusan
3. Tapis air rebusan yang ada tulang ikan tadi ke dalam periuk.
4. Campurkan isi ikan dan rempah lainnya
5. Biarkan mendidih dan rasa kuah tu
6. Kalau dah puas hati bolehlah dihidang

Cara hidang pun senang je. Ambik mangkuk isi laksa dan aksesori yang korang suka lepas tu tuang kuah. Laksa ni akak guna laksa basah jadi tak perlu rebus. Kalau guna yang kering haruslah direbus dulu. Ada orang suka letak petis masa makan. Terpulang pada selera masing-masing. Kalau nak makan dengan telur rebus pun sedap. Pendek kata kalau masak sendiri bubuh la apa kita nak baru puas hati. Makn pun sedap  ye tak?

Monday, 22 June 2015

Makaroni salad


Assalamualaikum..
Ramadhan dah menjelma semula. Syukur lah kita masih diberi peluang bernafas sehingga bertemu dengannya. Macam biasalah sejak jadi emak bila tiba bulan puasa mulalah memikir menu untuk berbuka dan bersahur.

Kalau ikutkan tak perlu nak masak yang kebabom sangat..yelah anak pun kecik lagi belum tahu mintak makanan yang pelik-pelik. Tapi dah nama pun emak, terasa juga nak masak yang sedap-sedap. Seronok tengok bila si kecik tu cakap "nak lagi" sambil buat muka comel hehehe..

Tak nak cerita panjang-panjang sebab kali ni nak kongsi resepi pendek je..Senang sangat nak buat. Kiranya resepi ni nak buat tackle si kecil berpuasa lah...Jom buat salad makaroni



Bahan-bahan
1 cawan makaroni (direbus)
4 keping meatloaf ayam (di celur)
sedikit brokoli (dicelur)
sedikit lobak merah (dicelur)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak zaitun
2 sudu besar sos cili

Mula-mula campur lada hitam, minyak zaitun dan sos cili. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau sebati dan boleh terus hidang. Siap dah senang kan? Menu jaga kesihatan gitu.

Bahan yang diguna boleh diolah ikut citarasa. Akak tak letak garam sebab sos cili tu dah beri cukup rasa. Kalau nak letak sosej goreng pun boleh. Sayur tu ikut kegemaran masing-masinglah. Akak letak sayur yang anak suka makan tu je  hehehe... Yang penting pastikan bahan yang nak dicampur dah celur/rebus..yelah nama pun salad kan. Ok selamat berpuasa.

Tuesday, 16 June 2015

Nasi Ayam Mat Gebu

Assalammualaikum...
Hai lamanya tak menampal resepi kat sini. Eh tak masak ke kak oi? Ishh..masak la nak mkan kan. Cumanya tak letak kat sini sebab selalunya dah kenyang baru teringat nak ambil gambar hehehe..

Ok lah kali ni nak kongsi resepi nasi ayam je..senang kan? Akak tak pandai masak yang susah2 dik nanti ntah apa jadinya..apa2 hal kita tengok resepi dulu lah..jom

Resepi ni akak ikut dari Cik Mat Gebu...memang sedap sangatlah kat tekak kami sekeluarga. Terima kasih kat tuan punya resepi sebab sudi kongsi resepi kat blog..senang orang tak pandai masak cam akak ni..huhu



 BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan (akak guna beras biasa tak rendam la)
6 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
Garam secukup rasa

BAHAN SUP AYAM :-)
1 ekor ayam sederhana besar
15 cawan air
1 1/2 inci halia, hiris kasar dan titik
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
10 kuntum cendawan butang dlm tin, belah 2 setiap satu (akak tak letak)
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2 (akak tak letak)
2 kiub pati ayam "Maggi"
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1/2 inci halia, dititik
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN PERAP AYAM :-)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SUP AYAM :- Ayam dipotong 4, cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk sup kecuali bunga kobis, lobak merah, kentang dan lada hitam. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit. Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 6 cawan stok untuk memasak nasi dan 1/2 cawan lagi untuk sos cili halia. Kemudian masukkan lada hitam, lobak merah dan kentang dalam baki kuah sup, terus memasak hingga empuk, masukkan bunga kobis dan cendawan butang, masak sekejap lagi. Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. 
  2. UNTUK NASI AYAM :- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul. Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi, tapi jangan ganas2, nanti beras basmathi patah2...tak cunn... Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  3. UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.
  4. UNTUK SOS CILI HALIA :- Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk, masukkan stok ayam dan halia. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...

p/s : gambar nasi ayam tu akak punya tau..tak cilok gambar CMG sebab tu comot hehehe Kalau CMG tengok pun pengsan...

Thursday, 16 April 2015

Kerutup Ikan Johor Style..


Semalam jalan-jalan jumpa resepi ni kat blog kak Azlita. Mula-mula tu tertengok sebab gamba pelita yang cun sangat tu. Lepas tu baca resepi rasa terliur pulak. Teringat ada ikan cencaru kat dalam peti sejuk. Bahan-bahan pun memang senang. Cuma lengkuas tak ada. Pokok baru keluar pucuk..ceh alasan malas nak beli. Tapi rasanya memang kurang "kick" bila lengkuas takde. Lain kali kena letak la baru power..yummeh

Selain ikan cencaru boleh juga guna ikan lain. Tapi aku suka guna ikan ni sebab bila goreng ikan "jaket" ni garing-garing,  isi dia tak kering sebab jaket tu dah tolong cover isinya. Rasa manis pun tak hilang. Lepas ni nak cuba kerutup ayam pulak lah..sedap tak ek?


Jom tengok resepi..

BAHAN_BAHAN
3 ekor ikan cencaru ~ ikan kembung, ikan parang, selar atau kerisi
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 inc kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar (takde tak letak pun)
1 inc belacan ~ dikisar
2 batang serai ~ 1 kisar dan 1 batang lagi dititik
1/2 biji santan kelapa
2 sudu besar air asam jawa
1 kiub ikan bilis jika suka
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA
Ikan dibersihkan
Gaul ikan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng hingga garing
Setelah garing angkat dan ketepikan
Minyak untuk mengorengkan ikan di keluarkan dari kuali dan tinggalkan sedikit anggaran 1 senduk untuk menumis.
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum.
Masukkan serai yang telah dititik
Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga ia garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
Jika kuah agak kering tambahkan sedikit air.
Tambahkan santan dan masak hingga merenih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Jika suka boleh tambahkan kiub ikan.
Bila kuah dan mesra barulah masukkan ikan
Masak lagi hingga kuah meresap ke dalam ikan.
Sedia dihidangkan.

Mekasih Kak Azlita sebab kongsi resepi ni kat blog. sedap sangat.

Wednesday, 8 April 2015

Red Velvet a.k.a apam merah

Hai..

Lamanya tak tulis resepi kat sini. Tak ada resepi yang sesuai kot. Akak masak telur goreng takkan nak letak sini kan..melampau tu hehehe..

Kali ni nak kongsi resepi Red Velvet a.k.a apam merah. Ni semua gara-gara anak akak yang belum pandai menyebut dalam bahasa inggeris. Dia yang cakap apam merah. Akak ok je. Sekurang-kurangnya dia kenal yang tu sejenis kuih dan warnanya merah. Cukuplah ye tak? Ok jom tengok resepi senang ni

 
sememangnya macam apam 





BAHAN-BAHAN
1 cawan susu segar (nak guna soya pun boleh)
1 sdt cuka epal (guna cuka makan)
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sb serbuk koko (guna Tamar Cocoa)
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
1/2 sdt garam halus
1 cawan gula halus (kurangkan 2sb sebab tamar cocoa manis)
1/2 cawan minyak jagung (takde so guna minyak masak cap seri murni)
1 sb pewarna makanan merah
1sdt coklat emulco (takde tak letak)
2 sdt esen vanilla
1/4 sdt esen badam (takde juga tak letak juga hehe)
Moist!!!

CARA BUAT
Panaskan oven 180C

A
satukan susu dengan cuka. Biar jadi macam dadih. Ni pentung untuk tekstur kek cantik

B
Campur gula,minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam. Kacau rata.

C
Campur semua bahan kering. Tepung, soda bikarbonat, baking powder, garam dan serbuk koko. Kaup balikkan je

NEXT
Campur A dan B samapi gula larut. Tuang campuran C sedikit demi sedikit. Kacau satu arah. Sudukan dalam bekas muffin. Bakar anggaran 15-20 minit.
saiz ni dapat 25 biji 1 adunan

Cuba jangan tak cuba. Dah 3 kali buat hasilnya tersangatlah "moist"..nyumm..nyumm..
Puji weh jangan tak puji diri sendiri..sapa lagi nak puji ye tak hahaha..

Bye...

Wednesday, 18 March 2015

Cili Jeruk Senang








Hari ni nak kongsi cara buat cili jeruk. Akak2 mesti suka kan? Adik2 pun suka juga ye tak? Akak bagi resepi senang2 je sebab akak pun idok le berapa pandai memasak. kalau nak resepi2 yang meletop bolehlah pergi blog masakan otai2 ye hehehe...

Bahan2
10 tangkai cili hijau
1 1/2 cawan cuka makan
3-4 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam

Cara buat

Mula2 basuh cili, kemudian potong. Celur dalam air panas anggaran 20 saat. Jangan lama2 nanti lembik jadi bubur pulak. Lepas tu tos cili sampai betul2 kering. Isi dalam botol kaca. Padatkan isinya.

Campurkan garam, gula dan cuka. Kacau sampai larut. Tuang dalam botol tadi sampai penuh. Tututp botol rapat2 dan letak botol dalam almari. Letak tempat gelap supaya cepat proses menjeruk cili. Lepas 4-5 jam dah boleh makan dah cili tu. Biasanya lepas 4-5 jam cili tu berubah warna maknanya dah boleh ngap hehehe..

Sedapnya makan dengan mee goreng. Makan dengan kuey teow sup pun sedap. Kalau nak tahan lebih lama simpan dalam peti sejuk.